Friday, January 28, 2011

Penolong Kanan Pentadbiran sebagai Ketua Pentaksir Sekolah

Shahrir bin Abu Bakar
Sektor Penilaian dan Peperiksaan

29 Januari 2011

Mulai Jan 2011. JPN Kedah akan melaksanakan satu kaedah untuk melancarkan lagi pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di semua sekolah.Melalui kaedah ini semua Penolong Kanan 1 akan dilantik sebagai Ketua Pentaksir Sekolah.

Tanggung jawab Ketua Pentaksir Sekolah (KPS) ialah untuk memastikan semua arahan dan peraturan berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipatuhi. Sebenarnya tugas ini tidak lari dari apa yang telah disebut semasa taklimat oleh JPN kepada PK1 tentang tanggung jawab pihak pengurusan sekolah dalam pengurusan PBS ini. Cuma sekarang ini tugas dan tanggungjawab PK1 lebih jelas.

Arahan ini selari dengan arahan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan pada 16 - 19 JANUARI 2011 semasa mesyuarat Pegawai kanan LPM bil 1/2011 di Ipoh, pegawai-pegawai dari JPN seluruh Malaysia telah melihat bagaimana arahan ini telah dilaksanakan di Perak.

InshaAllah, mulai pertengahan Februari 2011 ini pegawai-pegawai dari JPN Kedah dan semua PPD akan mula memberi taklimat pelaksanaan tugas ini dan juga tentang pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan pada pelajar pelajar tahun 1.

Sunday, December 19, 2010

Makluman Pelantikan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka

Puan Hajjah Juliah binti Haji Leman telah dilantik sebagai pengarah Pelajaran Melaka yang baru berkuatkuasa mulai 22 November 2010 bagi menggantikan Y Bhg datok Haji Isa bin Haji Abu yang telah bertukar ke Kementerian Pelajaran Malaysia , Putrajaya sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan sekolah Harian.

Thursday, February 26, 2009

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN

Dipetik dari:
http://www.blogger.com/post-edit.g?

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN
PPEX2101



Konsep Asas Pentaksiran Pembelajaran

Pembelajaran adalah proses interaktif yang mana pembelajar, penuntut atau murid cuba mendapatkan kefahaman tentang sesuatu informasi atau maklumat dan mengintegrasikan informasi dan maklumat tersebut kepada sesuatu perkara yang mereka sudah tahu atau mengetahui . Pembelajar, penuntut atau murid biasanya akan sentiasa berfikir atau memikir akan cabaran atau cara menyerap minda pemikiran terhadap ilmu yang diperolehi secara satu persatu.

Logiknya mengunakan kaedah pentaksiran bagi tujuan meningkatkan motivasi adalah mudah :

• Pentaksiran membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna

• Piawaian yang ditetapkan boleh memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran dan pembelajaran

• Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting dan utama terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang berkaitan dengan piawai.

• Pendidik dan pelajar mengunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka .

• Pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang lebih berkesan. (Klein, 2000)

Tumpuan dokumen ini adalah keatas tiga kategori yang berbeza tetapi berkait-rapat bagi tujuan pentaksiran bilik darjah iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) , pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) .

a. Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) adalah untuk pendidik dan guru mendapatkan informasi bagi tujuan memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan (idiosinkratik) pembelajaran murid dan pelajar, dan mengenalpasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh murid dan pelajar ikuti. Ia memerlukan rekabentuk yang teliti dari pendidik atau guru agar informasi hasilan keputusan dapat menentukan bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid dan pelajar tetapi turut mendapat pandangan mendalam bagaimana, bila dan samada pelajar dan murid boleh mengaplikasi apa yang mereka tahu atau pelajari.

Pendidik dan guru boleh juga mengunakan informasi dan maklumat ini untuk menyalurkan dan mensasarkan arahan dan sumber serta memberi maklumbalas kepada pelajar dan murid bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka.

b. Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) adalah proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid. Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran. Apabila pelajar atau murid bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran, dan berupaya menjadi pentaksir yang kritikal, biasanya mereka memahami dan berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (meta-cognition). Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.

Ia memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing pelajar dan murid membina, mempraktik atau mengamalkan dan berpuashati dengan hasilan refleksi serta analisa kritikal yang dijalankan pelajar dan murid sendiri.

c. Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) adalah berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan, mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain.

Pendidik dan guru memberi tumpuan dan penekanan dalam memastikan mereka telah menjalankan dan mengunakan pentaksiran bagi tujuan memberikan dan membekalkan kenyataan yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan pelajar dan murid. Ini juga akan memastikan agar penerima maklumat dan informasi boleh mengunakan makluman tersebut untuk menghasilkan keputusan yang dapat memberi penjelasan dan kenyataan.

Tiga Tujuan Pentaksiran

Apabila menyebut tentang pentaksiran dari perspektif tujuan (dan bukannya kaedah), kita memberi penekanan terhadap hasilan keputusan. Bahagian didalam seksyen ini menerangkan secara terperinci tiga jenis tujuan pentaksiran yang berbeza : pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) ; pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning). Turutan untuk, sebagai dan kepada (for, as, of) adalah disengajakan, untuk menunjukkan turutan mengikut kepentingan bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran pelajar dan murid. Pentaksiran kepada pembelajaran digunakan bagi membuat keputusan sumatif. Dalam perancangan, pembentukan dan pengunaan kaedah pentaksiran yang “sesuai untuk tujuan tertentu”, pendidik dan guru selalunya memikirkan mengenai kurikulum dan juga mengenai pelajar dan murid mereka apabila persoalan sebegini timbul :

a) bagaimanakah boleh saya mengunakan informasi yang terdapat dari pentaksiran ini ?;

ii) bagaimanakah saya boleh memastikan kualiti dalam proses pentaksiran ini? ;

iii) apakah kaedah pentaksiran yang sesuai yang patut saya gunakan? ;

iv) apakah yang sebenarnya saya taksirkan ? ;

v) mengapakan saya membuat pentaksiran ini ?

Apakah Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran berterusan, ianya dijalankan untuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan agar pendidik dan guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dan murid. Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri. Dalam masa yang sama akan terdapat perubahan pola yang dijangkakan. Prestasi dan kebolehan pelajar dan murid akan dapat dilihat dan dikesan. Dengan kaedah pentaksiran untuk pembelajaran, pendidik dan guru akan mengunakan pentaksiran sebagai alat untuk memperolehi maklumat mengenai kemampuan dan kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan atau kekurangan yang dihadapi.

Maklumat dan informasi mengenai proses pembelajaran murid dan pelajar akan diperolehi oleh pendidik dan guru. Ianya dijangkakan akan menjadi asas bagi menentukan apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkan pelajar dan murid maju ketahap yang seterusnya. Hasilan maklumbalas dari murid dan pelajar akan dapat menentukan kumpulan, strategi arahan dan sumber yang dikehendaki.

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran berterusan dan merupakan satu proses yang interaktif, dengan pendidik dan guru

• mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran

• mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar

• memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran

• mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi membantu individu bergerak maju dalam pembelajaran

• menyediakan maklumbalas dan arahan segera

Pendidik dan guru juga mengunakan pentaksiran untuk pembelajaran untuk meningkatkan motivasi dan komitmen untuk pembelajaran. Apabila pendidik atau guru memberi komitmen terhadap pembelajaran sebagai fokus atau tumpuan kepada pentaksiran, secara tidak langsung, mereka telah menukarkan budaya bilik darjah kepada satu kaedah pengesanan prestasi kemajuan pelajar dan murid. Pendidik dan guru akan mengunakan dan memaklumkan laporan prestasi kemajuan pelajar dan murid bagi tujuan perkembangan yang berkesan dan bersistematik.

Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menjadi sebahagian dari perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menumpukan tentang bagaimana murid mempelajari sesuatu

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah diiktiraf atau diakui sebagai amalan utama dalam bilik darjah

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah di anggap sebagai kunci kemahiran profesional bagi guru

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah sensitif dan konstruktif kerana mana-mana pentaksiran memberi kesan impak

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengambil kira kepentingan motivasi murid

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah bertujuan meningkatkan komitmen murid terhadap matlamat pembelajaran dan berkongsi kefahaman tentang kriteria yang ditaksir

Pentaksiran untuk pembelajaran membentuk kapasiti murid bagi tujuan penilaian kendiri agar mereka boleh melihat keupayaan dan mengurus diri sendiri

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengiktiraf kemampuan keseluruhan pencapaian pembelajaran murid

Murid hendaklah menerima bimbingan konstruktif tentang bagaimana mereka boleh meningkatkan pencapaian

Diantara kaedah perancangan pentaksiran yang boleh digunakan oleh pendidik adalah seperti berikut

Mengapa Mentaksir?
Membolehkan pendidik untuk menentukan langkah berikut bagi meningkatkan pembelajaran

Apa yang ditaksir ?

tiap prestasi dan kehendak pembelajaran yang berkaitan dengan kehendak kurikulum

Kaedah yang digunakan ?

Kaedah pelbagai dalam mode yang berlainan yang mempamirkan kebolehan dan kefahaman

Memastikan Kehendak Kualiti

Ketepatan dan ketekalan pemerhatian dan penterjemahan pembelajaran.

Harapan pembelajaran yang jelas dan terperinci.

Maklumbalas terperinci yang tepat

Mengunakan Maklumat

Menyediakan maklumbalas yang terperinci bagi menunjukan prestasi pembelajaran

Petunjuk yang berlainan bagi menyatakan kedudukan pada tahap hasilan kurikulum

Menyediakan pelaporan terperinci buat pelajar dan ibubapa mengenai kedudukan pembelajaran dan memberi panduan untuk memperbaiki prestasi

(
Jadual 1 . Ringkasan Perancangan Pentaksiran Untuk Pembelajaran )

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah :

memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri

membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat, dan memantau prestasi mereka

menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti yang melibatkan hasilan kurikulum

bekerjasama dengan pelajar dan murid untuk membentuk kriteria amalan yang baik dan jelas

membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas dalaman atau membina mekanisma pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal pemikiran kendiri serta berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam

mempelajari perkara baru

menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk diamalkan, agar pelajar dan murid menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten

memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga pembelajaran serta menyediakan maklumbalas yang terperinci

menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan murid memperolehi peluang pembelajaran dan mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah atau pentadbiran

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran kepada Pembelajaran

Oleh kerana pentaksiran kepada pembelajaran merupakan sesuatu yang sukar untuk dicapai dan menjejaskan pelajar dan murid secara serious, pendidik dan guru bertanggungjawab dalam menyediakan laporan pembelajaran dengan tepat dan adil, berdasarkan maklumat dan bukti yang diperolehi dari pelbagai konteks dan aplikasi. Pentaksiran pembelajaran yang berkesan memerlukan pendidik dan guru menyediakan :

kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada pembelajaran tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang tertentu

kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan

• proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan atau kompetensi

• kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama

• penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan

• kaedah yang telus bagi pentaksiran

• deskripsi mengenai proses pentaksiran

• strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam membuat keputusan

Dengan bantuan pendidik dan guru, pelajar dan murid boleh mengharapkan tugasan pentaksiran kepada pembelajaran sebagai pentas untuk mereka mempamirkan kompetensi atau kebolehan dan juga halatuju persembahan pembelajaran.

Ciri Pentaksiran Pembelajaran

Pendekatan

Tujuan

Rujukan

Pentaksir

Pentaksiran Kepada Pembelajaran

Penghakiman mengenai penempatan, peningkatan, penghargaan dan sebagainya

Murid

Guru

Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Maklumat bagi hasilan pembelajaran guru

Pentaksiran piawai luar atau harapan

Guru

Pentaksiran Sebagai Pembelajaran

Penilaian kendiri dan pembetulan sendiri

Matalamat kendiri dan piawai luaran

Murid








PENTAKSIRAN KONSTRUKTIVISME DALAM MATEMATIK


Dipetik dari
http://www.geocities.com/hypatia07/masha/konstruk.html


PENTAKSIRAN KONSTRUKTIVISME DALAM MATEMATIK



K A N D U N G A N

Pengenalan

Definisi Pentaksiran

Prinsip Pentaksiran Konstruktif

Alat Pentaksiran

Pentaksiran Melalui Pemerhatian

Pentaksiran Melalui Interviu

Rujukan

Link Berkaitan


Pengenalan

Pentaksiran merupakan asam garam dunia pendidikan matematik. Apabila ianya dilaksanakan dengan sempurna dan baik, ianya mampu menjanakan informasi yang agung. Dapatan pentaksiran menyajikan maklumat kepada pendidik tentang keberkesanan pendekatan, strategi, atau teknik pengajaran yang digunakan, justeru memberi suntikan kepada proses pencarian kaedah mengajar yang lebih efisien. Bagi seorang pelajar pula, hasil pentaksiran merupakan satu indikator atau penunjuk kepada apa yang telah mereka pelajari, apa yang masih perlu dipelajari dan bagaimana cara terbaik untuk mempelajarinya. Di samping itu juga, bagi pihak ibu bapa dan pemegang saham yang lain, ianya memberi panduan tentang bagaimana cara yang terbaik untuk memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka.

Definisi Pentaksiran

Dari kaca mata seorang pendidik, pentaksiran merupakan satu proses di mana pendidik mengumpul bukti, membuat inferens, membuat kesimpulan, dan bertindak berdasarkan kesimpulan yang dibuat. Pentaksiran itu adalah konstruktif apabila fokus diberi kepada proses pembelajaran matematik di kalangan pelajar di mana penaksiran itu sendiri menjadi salah satu pemangkin ke arah pembelajaran matematik di kalangan pelajar.
Dari kaca mata seorang pelajar pula, pentaksiran dilihat sebagai satu wahana yang memberi peluang kepada pelajar bagi mengetengahkan pemahaman dan kemahiran matematik masing-masing. Ianya mejadi medium komunikasi di antara pendidik dengan pelajarnya tentang apa yang pelajar sudah pelajari, apa yang masih kabur, dan tentang apa yang telah membantu dan yang telah membantut proses pembelajaran mereka, menjadikan ianya satu sumber untuk mencadangkan tindakan yang bakal diambil. Maka, pentaksiran itu adalah konstruktif apabila ianya mampu menilai dan menghargai apa yang pelajar sudah boleh buat dan pada masa yang sama, membantu mereka mengenali bahagian pelajaran yang masih perlu diberi perhatian.

Prinsip Pentaksiran Konstruktif

Pentaksiran konstruktif dibina atas lima prinsip utama.

  • Pentaksiran hendaklah mampu membuat perwakilan kepada matlamat arahan (instructional goals) dan nilai arahan (instructional values)
  • Pentaksiran hendaklah menjadi satu wahana perkongsian atau pertukaran maklumat di antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar, pemegang saham (stake holders) dengan pelajar, dan seumpamanya.
  • Pentaksiran hendaklah mampu melahirkan ekspresi atau luahan yang optimum tentang pembelajaran pelajar yang sudah dialami oleh pelajar.
  • Pentaksiran hendaklah mempunyai nilai arahan.
  • Pentaksiran hendaklah mampu memberi firasat atau ramalan (anticipation) tentang tindakan yang wajar diambil perhatian terhadap keberkesanan pembelajaran pelajar dan pengajaran pendidik.
Suatu pentaksiran yang berteraskan konsep konstruktivisme akan mengambil kira penggunaan alat matematik dan kemahiran yang lazim dan tidak lazim secara kontekstual. Pelajar akan bertindak dengan memilih dan mensintesiskan kemahiran-kemahiran ini untuk menyelesaikan masalah sebenar dan berguna (novel problems). Untuk itu, pelajar wajar dilibatkan dalam kumpulan kolaboratif dan melaksanakan masalah tersebut sama ada dalam bentuk penyelesaian masalah ataupun kerja projek. Dalam menjalankan kerja-kerja projek ini, pelajar mungkin perlu memilih dan menggunakan dengan sebaiknya dan secara efisien teknologi masa kini.
Salah satu aspek dalam pentaksiran konstruktif adalah penghasilan laporan kepada penyelesaian masalah yang diajukan. Dengan cara ini, pelajar akan menggunakan ide matematik masing-masing untuk berkomunikasi. Selain daripada itu, aktiviti refleksi secara berterusan, sistematik dan kritikal terhadap pembelajaran masing-masing juga perlu diadakan. Dengan itu, pendidik perlu bijak menggubal soalan, merekabentuk bentuk aktiviti, mengumpul maklumat dan menganalisis, serta menilai hasil daripada kerja projek pelajar. Justeru itu, pendidik hendaklah menjadikan tabiat sentiasa mengemaskini pengetahuan masing-masing melalui pembacaan hasil penyelidikan terdahulu.
Pentaksiran konstruktif juga hendaklah merangkumi pentaksiran kegunaan bahasa matematik itu sendiri. Ini adalah kerana matematik bukan sekadar satu cabang ilmu yang mempersembahkan pelajarnya dengan nombor dan simbol semata-mata, tetapi ianya juga merupakan satu bahasa komunikasi. Justeru itu, pelajar perlu dinilai sama ada mereka mampu untuk membaca dan memahami ayat matematik. Interpretasi pelajar perlu sejajar dengan maklumat yang dibekalkan dalam soalan yang diajukan. Di samping itu juga, pelajar perlu mampu untuk menyatakan ide mereka secara matematik sama ada dalam bentuk persamaan atau ayat matematik.
Pentaksiran konstruktif juga mampu memberi penjelasan tentang kemahiran matematik yang sudah ada atau sudah dipelajari oleh pelajar dan kemahiran yang mana satu yang masih kabur. Cara penyelesaian kepada sesuatu masalah secara lazimnya tidaklah terhad (non exclusive). Pentaksiran itu adalah konstruktif sekiranya ia mampu untuk memberi input kepada pendidik tentang pelbagai jenis kemahiran yang boleh digunapakai dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Daripada pilihan pelbagai alat matematik tersebut, pelajar akan memilih salah satu daripadanya berdasarkan tahap pemahamannya.
Selain daripada itu juga, proses pengajaran - pembelajaran berteraskan konstruktif ini meliputi pelbagai jenis aktiviti yang menjurus kepada pembelajaran secara koperatif. Justeru itu, alat pentaksiran tersebut juga hendaklah selari dengan aktiviti-aktiviti tersebut. Ini bagi memberi laluan kepada pentaksiran kepada aspek kognitif, psikomotor dan afektif pelajar. Justeru, satu bentuk penilaian yang menyeluruh dan lebih kepada rujukan-kriteria, daripada rujukan-norma.
Ringkasnya, pentaksiran konstruktif akan membezakan di antara pengajaran dan pembelajaran. Adakah apa yang dipelajari oleh pelajar sama seperti apa yang telah diajar oleh pendidik? Maka, pentaksiran konstruktif ini merupakan satu cara pertukaran maklumat di antara seorang pendidik dengan pelajar-pelajarnya.

Alat Pentaksiran

Terdapat pelbagai jenis alat pentaksiran yang boleh digunakan. Di antaranya adalah Penilaian Melalui Pemerhatian, Penilaian Melalui Interviu, Penilaian Pencapaian (Performance Assessment), dan Portfolio. Hanya dua daripada alat yang disebut tadi akan dibincangkan dengan ringkas di bawah ini.

(a) Penilaian Melalui Pemerhatian

Penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satu alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotr pelajar. Tujuan utamanya adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuklah proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut. Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya.
Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan.

1. Fahami asas kepada pemerhatian

        • menyedari keadaan sekeliling
        • membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif
        • membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens
        • prasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang maujud dan zahir
2. Bersedia untuk membuat pemerhatian dengan
        • membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan
        • membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhati
        • membuat pelan sampel
        • menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul
        • melatih pemerhati
3. Memerhati dan merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut. Prosedur
pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal

4. Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan berguna sebagai satu
"feedback" kepada setiap pelajar dan kumpulan; dan bantu pelajar dalam menganalisa data
pemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana;

        • tahap efisien pembelajaran mereka
        • mereka boleh membantu rakan mereka belajar
        • mereka boleh mencapai tahap yang lebih efisien
(b) Penilaian Melalui Interviu

Interviu adalah satu proses interaksi di antara penemuramah, iaitu pendidik dengan seorang atau lebih orang yang ditemuramah (pelajar) di mana soalan dan jawapan diolah dalam bentuk verbal. Ianya merupakan satu sumber yang kaya dengan maklumat tentang pemikiran, pemahaman, dan perasaan pelajar terhadap matematik. Penilaian sebegini lazimnya melibatkan satu set soalan yang disusun dalam turutan yang paling sesuai bagi menjana pemerolehan maklumat tersebut.
Prosedur intervie melibatkan pendidik bersemuka dengan pelajar semasa pelajar menyelesaikan masalah. Pelajar tersebut dibiarkan bekerja dengan sendiri untuk mencapai penyelesaian kepada sesuatu masalah. Pada masa yang sama, pendidik hendaklah mengetahui apa yang dilakukan, mengapa dilakukan, bagaimana melakukan, bila melakukan, dan soalan-soalan jurnalis yang lain.

Rujukan:

Arellano, E. L. (2001). Observation and Interview as Alternative Constructive Assessments. Nota
Kursus (SM-WB6): Menggunakan IT Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Menengah Yang
Berkonsepkan Sekolah Bestari. SEAMOE - RECSAM, Pulau Pinang. 2 Apr. - 19 Mei 2001.

Arellano, E. L. (2001). Performance Assessment and Portfolio as Alternative Constructive
Assessments. Nota Kursus (SM-WB6): Menggunakan IT Dalam Pengajaran Pembelajaran
Matematik Menengah Yang Berkonsepkan Sekolah Bestari. SEAMOE - RECSAM, Pualu Pinang. 2
Apr. - 19 Mei 2001.

Khairiree, K. (2001). Constructive Assessment In Mathematic. Nota Kursus PM-0917: Effective
Mathematics Teaching Strategies Inspiring Progressive Students: Student-Centred Approach.
SEAMOE - RECSAM Pulau Pinang. 26 Feb. - 7 Apr. 2001.

Link Berkaitan Dengan Penilaian Konstruktif (dikenali juga sebagai Penilaian Alternatif)

Peperiksaan vs Pentaksiran

Dipetik daripada

Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

http://www.moe.gov.my/bpk/

Kita seringkali mendengar ungkapan pendidikan yang terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan atau exam oriented yang dikatakan kurang baik. Kita disarankan supaya lebih memberi tumpuan kepada pentaksiran yang holistik. Apa itu peperiksaan dan apa itu pentaksiran. Apa pula yang dimaksudkan dengan penilaian? Apakah perbezaan antara istilah-istilah tersebut? Siri Peperiksaan Oh Peperiksaan kali ini membicarakan konsep dan penggunaan ketiga-tiga istilah ini di samping istilah-istilah lain yang berkaitan seperti pengukuran, ujian, soal selidik, kuiz, menduga akal dan temu duga.
Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan:

Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian

Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid, kita boleh mengguna proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik (questionnaire), kuiz dan senarai semak (check list).

Tanpa instrumen, ukuran diperoleh dengan cara taksiran, anggaran, agakan, ta’kulan dan pemerhatian. Sebagai analogi, kita boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang berat seorang kanak-kanak Tahun Satu di Malaysia tanpa mengguna penimbang. Begitu juga seorang guru boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang sejauh mana muridnya menguasai apa yang dipelajari, tanpa menjalankan ujian, dengan cara di atas. Walau bagaimanapun, ukuran yang diperoleh tanpa mengguna instrumen tentunya kurang tepat dan kurang boleh dipercayai kerana seringkali berubah-ubah mengikut masa, mengikut orang yang mentaksir dan mengikut keadaan.

Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Ahmad mendapat markah 90% dalam ujian Matematik, oleh itu dia adalah seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Tidak seperti pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh jadi berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif.

Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains”. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran-pembelajaran.

Pengertian istilah pentaksiran atau assessment yang berasal daripada perkataan Greek ”Assidere” iaitu bermaksud ”Duduk di sisi” seperti dinyatakan di atas sesuai dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar Al-Quran dalam tradisi pendidikan orang Melayu. Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan sepadu di mana sambil mengajar anaknya mengaji Quran, seorang ibu membuat pentaksiran secara tak formal kerana dia tahu adakah anaknya telah menguasai apa yang dipelajari atau belum dan dia tahu sama ada anaknya perlu mengulang balik atau meningkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, si ibu akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Dalam hal ini si ibu tidak perlu pun mengadakan ujian atau peperiksaan yang formal tetapi dia tetap dikatakan mendidik menggunakan proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang sepadu.

Jika pentaksiran merupakan proses, peperiksaan pula merupakan salah satu kaedah, sistem atau mekanisma yang digunakan dalam proses pentaksiran. Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses pengajaran-pembelajaran berkesan. Ujian-ujian yang terdapat dalam sesuatu sistem peperiksaan boleh jadi ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, ujian pendengaran dan ujian berkomputer. Dengan ciri yang sedemikian, peperiksaan selalunya hanya sesuai diguna untuk mentaksir domain kognitif atau kebolehan mental seseorang. Dua domain yang lain iaitu afektif dan psikomotor kurang sesuai ditaksir menggunakan kaedah peperiksaan.

Oleh hal yang demikian, peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah, akhlak, nilai murni, budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial sukar atau tidak mungkin dapat ditaksir sepenuhnya menggunakan peperiksaan.

Peperiksaan juga seringkali dikaitkan dengan pentaksiran standard, berpusat, luaran, sumatif dan dikendalikan oleh badan peperiksaan. Kekangan ini jugalah yang menyebabkan hal-hal yang sebutkan di atas sukar atau tidak dapat dilakukan dengan kaedah peperiksaan. Hal-hal tersebut lebih sesuai dilakukan melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran dalaman, pentaksiran formatif, pentaksiran alternatif, pentaksiran prestasi dan pentaksiran autentik.

Peperiksaan dikatakan menyebabkan anak-anak belajar dan guru-guru mengajar tidak seperti sepatutnya iaitu berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Murid-murid dikatakan belajar dan guru-guru mengajar tidak mengikut kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Hal ini diperhatikan daripada fenomena murid Tahun Enam sekolah rendah yang tidak lagi belajar seawal bulan Julai kerana murid-murid perlu diberi persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR. Mereka akan diberi latih tubi menjawab soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan percubaan lebih daripada sekali (ada yang sehingga empat kali).

Ibubapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Anak yang gagal mendapat A dalam mata pelajaran tertentu dikatakan gagal dalam pembelajarannya. Sekolah yang prestasinya dalam sesuatu peperiksaan merosot berbanding prestasi tahun sebelumnya, walau pun hanya 0.1%, merasa tertekan kerana prestasi guru dan pentadbir sekolah dianggap merosot.

Wajarkah tindakan di atas berlaku dalam sistem pendidikan kita? Jika kita menganggap tidak wajar, maka wajarkah pula kita memansuhkan peperiksaan berpusat seperti UPSR, PMR dan SPM serta mencadangkan pentaksiran berasaskan sekolah sahaja? Rata-rata peserta Seminar Sistem Pentaksiran Kebangsaan yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat pendidik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan serta parti politik tidak bersetuju ketiga-tiga peperiksaan itu dimansuhkan. Mereka sepakat menyatakan bahawa peperiksaan perlu ada dan menganggap penekanan kepada peperiksaan (exam oriented) hanya merupakan persepsi masyarakat. Jika kita dapat memberi penekanan yang sama kepada pentaksiran dalam aspek ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan nilai-nilai murni melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran alternatif, pentaksiran autentik, pentaksiran prestasi, pentaksiran formatif dan pentaksiran untuk pembelajaran, dengan sendirinya persepsi tersebut dapat dicairkan.
Kemaskini pada ( Sabtu, 10 Mei 2008 )

Tuesday, February 24, 2009

SENARAI TUGAS UTAMA KAKITANGAN TAHUN 2009

SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
JABATAN PELAJARAN KEDAH



KETUA SEKTOR DG52
HJ AHMAD ZUHKHORI BIN SAAD

a. Menentukan pengendalian peperiksaan dan pentaksiran dilaksanakan mengikut dasar dan peraturan yang telah digariskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia
b. Memastikan semua program SPP yang dirancang dan dilaksanakan adalah selari dengan agenda pendidikan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
c. Memastikan semua perbelanjaan Kumpulan Wang Amanah Lembaga Peperiksaan adalah mengikut arahan-arahan Perbendaharaan
d. Memastikan semua aktiviti adalah dirancang dan dilaksana mengikut takwim yang telah dipersetujui
e. Memimpin dan menentukan arah dan halatuju Sektor Penilaian dan Peperiksaan
f. Mengurus hal-hal berkaitan perjawatan dan kebajikan personel SPP
g. Menjadi pengemudi dalam pentadbiran pejabat
h. Merancang dan membentang bajet tahunan bagi pengurusan dan pengendalian semua aktiviti dalam SPP kepada LPM
i. Menghadiri mesyuarat peringkat tinggi (KPM / LPM / MPM / JPN)
j. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat di peringkat sektor
k. Menentukan tugas dan tanggungjawab personel SPP
l. Memantau dan menilai prestasi kerja personel SPP
m. Mengawal disiplin semua personel SPP
n. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri

UNIT PENTAKSIRAN SEKOLAH

1. PEGAWAI MEJA PENTAKSIRAN SEKOLAH (DG48) – KETUA UNIT
(KETUA PENOLONG PENGARAH)
SHAHRIR BIN ABU BAKAR

a. Merancang aktiviti-aktiviti dalam pengurusan dan pengendalian pentaksiran sekolah
b. Mengemukakan bajet tahunan bagi semua aktiviti pengurusan dan pengendalian pentaksiran sekolah
c. Memastikan semua perbelanjaan dalam kawalan adalah mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan
d. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pengurusan dan pengendalian pentaksiran sekolah mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan
e. Memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengurusan dan pengendalian pentaksiran sekolah
f. Memastikan semua aktiviti pengurusan dan pengendalian pentaksiran sekolah dilaksanakan mengikut peraturan yang digariskan oleh LPM mengikut jadual
g. Membantu Ketua Sektor dalam semua tugas beliau
h. Bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan KWALP dan MPM
i. Bertanggungjawab sebagai peraku 2 sistem eSPKB
j. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Ketua Sektor

2. PEGAWAI MEJA PENTAKSIRAN SEKOLAH MENENGAH ATAS (DG44)
( PENOLONG PENGARAH KANAN )
SANAPI BIN MAT ARIS

a. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan dan pengendalian pentaksiran sekolah peringkat sekolah menengah atas mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan
b. Memastikan perbelanjaan pengurusan dan pengendalian pentaksiran sekolah peringkat sekolah menengah atas adalah mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan
c. Bertanggungjawab pengurusan pentadbiran pejabat
d. Bertanggungjawab sebagai peraku 2 sistem eSPKB
e. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Ketua Sektor

3. PEGAWAI MEJA PENTAKSIRAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH (DG41)
( PENOLONG PENGARAH )
MOHAMAD AZRAN BIN ABDUL WAHAB

a. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan dan pengendalian pentaksiran sekolah peringkat sekolah menengah rendah mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan
b. Memastikan perbelanjaan pengurusan dan pengendalian pentaksiran sekolah peringkat sekolah menengah rendah adalah mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan
c. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Ketua Sektor

4. PEGAWAI MEJA PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (DG34)
( PENYELIA KANAN )
PAUZIAH BT MD TAHIR

a. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan dan pengendalian pentaksiran sekolah peringkat sekolah rendah mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan
b. Memastikan perbelanjaan pengurusan dan pengendalian pentaksiran sekolah peringkat sekolah rendah adalah mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan
c. Menyelia papan kenyataan ,keceriaan pejabat dan Bilik Gerakan SPP
d. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Ketua Sektor

UNIT PEPERIKSAAN RENDAH DAN MENENGAH (SPM-PMR-UPSR)

1. PEGAWAI MEJA SPM (DG44) – KETUA UNIT ( PENOLONG PENGARAH KANAN)
HJ AHMAD SUBRI BIN AB MAJID
a. Merancang aktiviti-aktiviti dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis SPM, SPM(U), PMR dan UPSR mengikut takwim SPP
b. Mengemukakan bajet tahunan bagi semua aktiviti pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis SPM, PMR dan UPSR
c. Memastikan semua perbelanjaan dalam kawalan adalah mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan
d. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis SPM mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan
e. Memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis PMR dan UPSR
f. Memastikan semua aktiviti pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPM, PMR dan UPSR dilaksanakan mengikut peraturan yang digariskan oleh LPM mengikut jadual
g. Bertanggungjawab terhadap pengurusan keselamatan peperiksaan
h. Bertanggung jawab sebagai Peraku 2 sistem eSPKB
i. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Ketua Sektor

2. PEGAWAI MEJA SPM (DG41) ( PENOLONG PENGARAH)
MOHAMAD ASRI BIN MAHMUD
a. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis SPM mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan
b. Memastikan perbelanjaan pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis SPM adalah mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan
c. Bertanggungjawab bagi pengurusan bilik-bilik kebal
d. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Ketua Sektor

3. PEGAWAI MEJA PMR (DG41) (PENOLONG PENGARAH)
HARUN BIN JAAFAR
a. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis PMR mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan
b. Memastikan perbelanjaan pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis PMR adalah mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan
c. Bertanggungjawab menguruskan maklumat dan data keputusan peperiksaan awam
d. Bertanggungjawab sebagai Peraku 2 sistem eSPKB
e. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Ketua Sektor

4. PEGAWAI MEJA UPSR (DG34) (PENYELIA KANAN)
SULAIMAN BIN RAMLI

a. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis UPSR mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan
b. Memastikan perbelanjaan pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis UPSR adalah mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan
c. Menyelia penyelenggaraan dan keselamatan bilik-bilik kebal
d. Merancang dan melaksanakan pelupusan bahan-bahan peperiksaan
e. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Ketua Sektor

5. PEGAWAI MEJA UPSR (DG34) ( PENYELIA KANAN )

a. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis UPSR mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan
b. Memastikan perbelanjaan pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis UPSR adalah mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan
c. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Ketua Sektor

UNIT PEPERIKSAAN PRA UNIVERSITI, PROFESIONAL DAN LUAR NEGERI

1. PEGAWAI MEJA STPM (DG44) – KETUA UNIT (PENOLONG PENGARAH KANAN)
HJ.ZAINI BIN RAFIE
a. Merancang aktiviti-aktiviti dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan STPM, MUET, Luar Negeri, PTK, Medsi dan PTP mengikut takwim SPP
b. Mengemukakan bajet tahunan bagi semua aktiviti pengurusan dan pengendalian peperiksaan STPM, MUET, Luar Negeri, PTK, Medsi dan PTP
c. Memastikan semua perbelanjaan dalam kawalan adalah mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan
d. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pengurusan dan pengendalian peperiksaan STPM mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan
e. Memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengurusan dan pengendalian peperiksaan MUET, Luar Negeri, PTK, Medsi dan PTP
f. Memastikan semua aktiviti pengurusan dan pengendalian peperiksaan STPM, MUET, Luar Negeri, PTK, Medsi dan PTP dilaksanakan mengikut peraturan yang digariskan oleh MPM dan LPM mengikut jadual
g. Bertanggungjawab sebagai peraku 2 sistem eSPKB
h. Bertanggungjawab bagi pengurusan bekalan dan inventori
i. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Ketua Sektor

2. PEGAWAI MEJA MUET (DG41) ( PENOLONG PENGARAH)
NOR RIZUAN BIN ABDULLAH
a. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan MUET mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan
b. Memastikan perbelanjaan pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis MUET adalah mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan
c. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Ketua Sektor

3. PEGAWAI MEJA PTK / Medsi / PTP (DG34) ( PENYELIA KANAN )
a. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan PTK, Medsi dan PTP mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan
b. Memastikan perbelanjaan pengurusan dan pengendalian peperiksaan PTK, Medsi dan PTP adalah mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan
c. Bertanggungjawab dalam pengurusan sijil-sijil calon peperiksaan awam
d. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Ketua Sektor

4. PEGAWAI MEJA STAM / LUAR NEGERI (DG32) ( PENYELIA )
HJ.ABD WAHAB BIN AHMAD
a. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan STAM dan luar negeri mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan
b. Memastikan perbelanjaan pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis STAM dan luar negeri adalah mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan
c. Menyelia pengurusan bekalan peperiksaan dan stor
d. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Ketua Sektor

PERANAN DAN FUNGSI UTAMA

SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
JABATAN PELAJARAN KEDAH

1. Pengurusan dan Pengendalian Peperiksaan Awam (Berpusat)
a. Menguruskan proses pendaftaran
b. Menguruskan proses pencalonan dan pelantikan petugas peperiksaan
c. Merancang dan melaksanakan OPS QUPI
d. Merancang dan mengendalikan OPS Buka Kotak
e. Menguruskan keperluan alat tulis peperiksaan
f. Menguruskan keselamatan bahan sulit peperiksaan
g. Menguruskan keselamatan bilik kebal
h. Menguruskan keselamatan pusat peperiksaan
i. Menguruskan tiket dan slip kemasukan calon
j. Merancang proses pemantauan dan pelaporan pada hari peperiksaan
k. Menguruskan skrip jawapan calon
l. Menguruskan keputusan peperiksaan
m. Menguruskan sijil dan slip peperiksaan
n. Menyediakan pakej dan jadual taklmat/mesyuarat
o. Menyediakan fail-fail taklimat dan mesyuarat
p. Menyediakan keperluan pejabat yang akan digunakan
q. Menghadiri mesyuarat/taklimat berkaitan

2. Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah
a. Melantik pentaksir bagi setiap mata pelajaran terlibat
b. Melantik pemantau-pemantau
c. Meyediakan instrument pemantauan
d. Merancang jadual pemantauan
e. Merancang jadual pentaksiran
f. Mengumpul dan menganalisa dapatan pemantauan
g. Menyediakan laporan dan rumusan dapatn pemantauan
h. Menguruskan data Pentaksiran Berasaskan Sekolah
i. Memantau proses kemasukan markah PBS dalam sistem LPM
j. Menyediakan pakej dan jadual taklimat/mesyuarat
k. Merancang aktiviti-aktiviti ke arah SPPK
l. Menghadiri mesyuarat dan taklimat berkenaan

3. Pengurusan dan Pengendalian Peperiksaan Profesional Luar Negeri
a. Menguruskan pendaftaran
b. Menguruskan proses pencalonan dan pelantikan petugas peperiksaan
c. Merancang dan mengendalikan OPS Buka Kotak
d. Menguruskan keperluan alat tulis peperiksaan
e. Menguruskan keselamatan bahan sulit peperiksaan
f. Menguruskan keselamatan bilik kebal
g. Menguruskan keselamatan pusat peperiksaan
h. Merancang prosese pemantauan dan pelaporan pada hari peperiksaan
i. Menguruskan skrip jawapan calon
j. Menguruskan skrip peperiksaan
k. Menguruskan sijil
l. Menghadiri mesyuarat dan taklimat berkaitan

4. Pengurusan Kumpulan Wang Amanah Lembaga Peperiksaan (KWALP )
a. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus
b. Mengawal perbelanjaan mengikut peruntukan yang diberi
c. Merancang proses menyemak borang tuntutan
d. Membuat pembayaran melalui sistem eSPKB
e. Membuat pungutan /terimaan wang yuran peperiksaan
f. Menyediakan dan menandatangani Buku Tunai Cerakinan KWALP dan MPM
g. Menyediakan Laporan Vot Berkomputer
h. Membuat pindahan peruntukan-peruntukan dan memohon peruntukan tambahan
i. Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh yang ditetapkan
j. Pengurusan panjar wang runcit
k. Menguruskan elaun dan gaji pembantu tadbir sambilan
l. Menyediakan pelaporan-pelaporan untuk jabatan audit
m. Mengurus dan merekod semua pembelian yang dibuat
n. Memastikan semua pembelian dibuat mengikut prosedur kewangan
o. Memastikan semua pembayaran dibuat mengikut prosedur kewangan

5. Pengurusan Personel dan Pentadbiran Am
a. Menguruskan sistem fail pejabat
b. Menguruskan cuti dan kedatangan personel
c. Mengawal proses keluar masuk personel
d. Mengurus inventori pejabat dan stor
e. Mengurus dan mengemaskini buku stok
f. Merancang pembelian keperluan am pejabat
g. Menguruskan majlis keraian personel dan tetamu/ pelawat
h. Membantu meningkatkan keselesaan ruang kerja
i. Menyimpan rekod dan maklumat agensi luar yang berkaitan
j. Membantu memastikan keselamatan pejabat
k. Menguruskan penghantaran surat dan barangan
l. Membuat tempahan tempat dan bilik mesyuarat
m. Membuat tempahan makan minum semasa mesyuarat
n. Membuat tempahan kenderaan dan pemandu